Laman Utama
Arkib Aktiviti 2012
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
April 2012
<< sebelum  

 

KURSUS PENDIDIKAN FALAK ‘RUBU' MUJAYYAB' TAHUN 2012

  07 April 2012 bersamaan 15 Jamadilawal 1433H- Bahagian Falak Syar'ie, Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan kursus pendidikan falak ‘Rubu' Mujayyab' bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Kursus ini telah dihadiri oleh 34 orang pelajar dan 2 orang guru dari Kelab Astronomi Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh, Negeri Sembilan. Kursus yang diadakan selama satu hari ini telah dikendalikan oleh Dr. (H) Hj. Kassim bin Bahali selaku ketua bahagian Falak Syar;ie.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Rubu' Mujayyab atau Sukuan Sinus iaitu alat pengukuruan tradisional yang berbentuk suku bulatan. Sebagai alat pengukur, alat ini boleh digunakan untuk mengetahui buruj-buruj, mengukur arah kiblat, mengukur altitud objek langit dan kedalaman sesuatu objek.

Rubu' Mujayyab juga boleh digunakan sebagai peralatan matematik dalam mengukur fungsi dan menyelesaikan persamaan trigonometri. Pada sesi pagi, para pelajar telah mengikuti taklimat mengenai pengenalan kepada Rubu' Mujayyab.

Dalam sesi taklimat tersebut para pelajar diberi tunjuk ajar mengenali komponen-komponen Rubu' Mujayyab dan cara-cara membina Rubu' Mujayyab. Pada sebelah petang pula para pelajar secara berkumpulan berpeluang membina rubu' mujayyab dengan menggunakan kertas graf.

Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan amali cara menggunakan Rubu' Mujayyab untuk membaca sudut-sudut trigonometri dan menyelesaikan persamaan trigonometri. Bengkel yang berakhir pada sebelah petang ini telah berjaya minat para pelajar yang hadir mengenai keistimewaan penggunaan Rubu' Mujayyab.

 

 

 

 
© Jabatan Mufti Melaka