MAJLIS
CERAPAN RASMI HILAL RAMADHAN 1433H/2012M
DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK
YATIM
KHAMIS
29 Syaaban 1433H Bersamaan 19 Julai
2012, TANJUNG BIDARA, Majlis
Cerapan Hilal Ramadhan 1433H Peringkat
Negeri Melaka telah diadakan di Kompleks
Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara
Melaka (KFAK). Majlis cerapan kali
ini diserikan dengan kehadiran tetamu
kehormat iaitu Tuan Yang Terutama
Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Datuk
Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakub
dan Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali
bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka
serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Exco
Kerajaan Negeri.

Majlis
cerapan telah berlangsung di pelantar
cerapan KFAK dan Balai cerap al-Khawarizmi
sebaik sahaja matahari ghurub jam
7.26 malam. Aturcara diteruskan dengan
bersolat maghrib berjemaah di surau
KFAK bersama Tuan Yang Terutama Tun
dan tetamu-tetamu lain. Sebaik sahaja
selesai bersolat tetamu jemputan memenuhi
ruang legar KFAK bagi aturcara seterusnya
iaitu penyampaian sumbangan kepada
anak-anak yatim oleh Tuan Yang Terutama
Tun. Seramai empat puluh orang anak
yatim pelbagai peringkat umur telah
diraikan dengan pemberian sumbangan
berupa wang saku dan cenderahati.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan
malam di dewan serbaguna KFAK sebelum
Tuan Yang Terutama Tun beredar meninggalkan
majlis.


