Laman Utama
Arkib Aktiviti 2012
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
Jun 2012
 


WARGA JMM MENGHADIRI PERASMIAN PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) MELAKA

MELAKA , 23 Jun 2012, Sabtu, Sebahagian besar warga kerja JMM terlibat menghadiri majlis perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.

UTC diwujudkan sebagai pusat sehenti bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar melalui perkhidmatan berpusat. Melaka merupakan negeri pertama yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Terdapat 10 kluster UTC yang disediakan iaitu :

1. Perkhidmatan Kebajikan & Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan & Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan, Perniagaan & Keushawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan

Majlis perasmian telah disempurnakan di hadapan bangunan UTC Jalan Hang Tuah , Melaka. Majlis dimulakan dengan lafaz doa oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Mufti Kerajaan Negeri Melaka diikuti dengan Ucapan Aluan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka dan seterusnya ucapan perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia. Seramai lebih kurang seratus ribu orang telah menghadiri majlis tersebut dan pelbagai jualan dan acara disediakan di sepanjang jalan Hang Tuah, Melaka.

 
© Jabatan Mufti Melaka