Laman Utama
Arkib Aktiviti 2012
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
Jun 2012
 


BENGKEL PENYEMAKAN DRAF GARIS PANDUAN PENGUBATAN ISLAM DAN PERBOMOHAN

SELASA, 30 Rejab 1433H bersamaan 19 Jun 2012, Tanjung Kling, Melaka - Bahagian Fatwa dan Buhuth Jabatan Mufti Melaka telah Berjaya menganjurkan Bengkel Penyemakan Draf Garis Panduan Pengubatan Islam Dan Perbomohan bertempat di Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka. Bengkel setengah hari tersebut telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk WIra Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Mufti kerajaan Negeri Melaka dan turut disertai oleh Timbalan Mufti Negeri Melaka, Dr. Mohd. Mohadis bin Yasin, ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, wakil daripada Bahagian Penyelidikan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAIM, Penasihat Undang-Undang MAIM, wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak dan Guru Takmir dan Persatuan Pengubatan Islam Al-Fattah mewakili NGO.

Ceramah pakar mengenai pengubatan Islam dan perbomohan telah disampaikan oleh Y.bhg. Dato Dr. Amran Kasimin yang merupakan seorang tokoh ilmuan yang telah banyak membuat kajian tentang ilmi kebatinan Melayu yang melibatkan perubatan dan ilmu mempertahankan diri serta selok-belok pengubatan Islam dan tradisional. Beliau juga merupakan mantan Prof. Madya di Jabatan Persuratan Melayu UKM (1973-2000) dan Karyawan Tamu ATMA (2001-2003).

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan dan ulasan pakar terhadap draf Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam dan Perbomohan Negeri Melaka. Bengkel tersebut juga bertujuan untuk menyemak, mengemaskini dan menambahbaik draf tersebut dengan mengambilkira pandangan pihak-pihak yang berkaitan.

Garis panduan ini diwujudkan bertujuan menyediakan panduan yang jelas mengenai amalan pengubatan Islam dan perbomohan menurut perspektif Islam supaya pengamal dan umat Islam yang berikhtiar mendapatkan rawatan mengetahui tentang ciri-ciri dan kaedah yang dibenarkan oleh syarak serta menjauhi pengamal rawatan dan pengubatan yang menyanggahi syarak.



 
© Jabatan Mufti Melaka