Laman Utama
Arkib Aktiviti 2012
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
Jun 2012
 


MAJLIS KERAIAN SAMBUTAN HARI LAHIR, PERPISAHAN ANGGOTA PERKHIDMATAN DAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG JABATAN MUFTI MELAKA

KHAMIS, 8 Syaaban 1433H bersamaan 28 Jun 2012M, Melaka - Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mufti Melaka (SUKMI) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Lahir, Anugerah Pekerja Cemerlang Dan Majlis Perpisahan Bagi Anggota Perkhidmatan Jabatan Mufti Negeri Melaka yang berpindah atau tamat perkhidmatan. Majlis turut diraikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh dan Timbalan Mufti Melaka, Dr. Mohd. Mohadis bin Yassin serta semua pegawai dan anggota perkhidmatan Jabatan Mufti Melaka.

Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan anggota jabatan ini dalam perkhidmatan disamping dapat mengeratkan hubungan tali silaturrahim dan kemesraan antara sesama warga kerja Jabatan Mufti Melaka.

 
© Jabatan Mufti Melaka