Laman Utama
Arkib Aktiviti 2007
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
JUN 2007

 

12 Jun 2007- PAMERAN PROMOSI KOMPLEKS FALAK DI UKM BANGI

Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Melaka telah menyertai pameran di UKM Bangi sempena Muzakarah Imam-Imam seluruh Malaysia yang berlangsung pada 12 hingga 16 Jun 2007. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi.

13 Jun 2007- PAMERAN PENDIDIKAN FALAK DI SMK DATUK ABDUL RAHMAN YA'KOP

Bahagian Falak & Sumber Maklumat telah mengadakan pameran pendidikan falak  di SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kop Merlimau Melaka sempena sambutan Minggu Sains dan Matematik di sekolah tersebut. Pameran ini berkonsepkan pendidikan di mana peralatan yang dipamerkan dan didemonstrasikan kepada pelajar ialah Teleskop, Teodolite dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar  objek-objek langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al- Khawarizmi turut diutarakan dalam pameran ini.

14 Jun 2007- LAWATAN MUHIBBAH SUDUT HUKUM IKIM KE JMM

Jabatan Mufti Melaka telah menerima kunjungan 2 orang pegawai Sudut Hukum Institut Kefahaman Islam Malaysia bertujuan untuk menjalin hubungan muhibbah dan kerjasama dalam aspek fatwa dan hukum. Lawatan ini juga bertujuan mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai pengurusan fatwa di Melaka. Penerangan mengenainya telah dibentangkan sendiri oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Rashid Redza bin Hj Md Salleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara, Jumaat, 15 Jun 2007 telah berlansung aktiviti cerapan hilal Jamadilakhir 1428H. Disertai oleh 7 kakitangan Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Melaka. Antara peralatan yang digunakan semasa cerapan ialah Teleskop MEADE LX-200, Teodolite dan kompas. Keadaan cuaca cerah sepanjang aktiviti cerapan. Cerapan dilakukan bagi tujuan pengumpulan data dan mengesahkan data.

PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT

Ayer Molek ,Kuala Sg. Baru, Jumaat, 15 Jun 2007 - Program Mufti Bersama Masyarakat Bil 2/07 telah diadakan di Masjid Ayer Molek Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka. Seramai lebih daripada 350 orang jemaah dari pelbagai peringkat usia telah mengikuti program ini yang diadakan bermula dari jam 7.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Pengisian program ini terdiri daripada Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah, Ceramah Agama berkaitan isu semasa oleh Sahibus Samahah Mufti Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Muzakarah dengan ahli Jawatankuasa masjid, Pameran tentang Ilmu Falak dan jamuan yang disediakan oleh pihak masjid. Program ini memberi peluang kepada penduduk kariah mengenali dengan lebih dekat peranan Jabatan Mufti Melaka dan dapat beramah mesra serta menyuarakan masalah, aduan atau pandangan yang berkaitan secara terus kepada Mufti Negeri Melaka.

Perkarangan Masjid Kariah Sikamat Desa Rhu, Seremban ,Negeri Sembilan, 22 – 24 Jun 2007 telah berlangsung Konvensyen Falak 2007. Jabatan Mufti Melaka telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena konvensyen tersebut. Antara peralatan yang dibawa ialah Teleskop MEADE LX-200 ,Teleskop MEADE ETX (TeleskopPembias), Rubu’ Mujayyab, koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar  objek-objek langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al- Khawarizmi.

Pameran Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Ayer Molek Melaka

Ayer Molek, Khamis, 28 Jun 2007 Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Melaka telah mengadakan pameran pendidikan falak  di SMK Ayer Molek Melaka sempena sambutan Minggu Sains dan Matematik di sekolah tersebut pada 28-30 Jun 2007. Pameran ini berkonsepkan pendidikan di mana peralatan yang dipamerkan dan didemonstrasikan kepada pelajar ialah Teleskop, Teodolite dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar  objek-objek langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al- Khawarizmi turut diutarakan dalam pameran ini.

 

 
© Jabatan Mufti Melaka