Kompleks Falak
Al-Khawarizmi telah menerima lawatan daripada
Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri sempena
Seminar Kualiti Ke - VIII BKPP yang berlangsung
di Melaka. Seramai 90 orang telah mengikuti rombongan
ini terdiri daripada pelbagai peringkat perkhidmatan.
Ahli rombongan ini telah diberi taklimat mengenai
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, menonton tayangan
Planetarium & 3D serta dibawa melawat pameran
.
5
Mei 2007- LAWATAN MEDIA SINGAPURA
Tourism Malaysia Melaka telah membawa
40 orang dari media Singapura ke Kompleks Falak
Al-Khawarizmi, Tujuannya adalah untuk mempromosikan
Kompleks Falak ke peringkat Global. Terdiri daripada
wartawan, agensi Travel & Tour, Produser
filem hingga ke juruteknik. Ahli rombongan
diberi taklimat kemudian dibawa menonton
tayangan Planetarium & 3D serta dibawa
melawat pameran yang ada di Balaicerap.
Program Mufti Bersama Masyarakat Bil 1/07
telah diadakan di Masjid Lubok Redan Kuala
Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka. Seramai lebih
daripada 200 orang jemaah dari pelbagai peringkat
usia telah mengikuti program ini yang diadakan
bermula dari jam 7.00 malam dan berakhir jam
10.30 malam. Pengisian program ini terdiri
daripada Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah,
Ceramah Agama berkaitan isu semasa oleh Sahibus
Samahah Mufti Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin
Hj. Md. Saleh, Muzakarah dengan ahli Jawatankuasa
masjid, Pameran tentang Ilmu Falak dan jamuan
yang disediakan oleh pihak masjid. Program
ini memberi peluang kepada penduduk kariah
mengenali dengan lebih dekat peranan Jabatan
Mufti Melaka dan dapat beramah mesra serta
menyuarakan masalah, aduan atau pandangan yang
berkaitan secara terus kepada Mufti Negeri
Melaka.
30
Mei 2007 - MAJLIS PEMURNIAN
AKIDAH KETUA AJARAN KEBATINAN BUDI SUCI
Majlis Pemurniaan Aqidah ke atas guru ajaran
Kebatinan Budisuci, Ismail Kamari atau
mesra dengan panggilan Pak Mail, telah berlangsung
di Bilik Mesyuarat Utama Kompleks Majlis Agama
Islam Melaka. Majlis yang diketuai oleh Mufti
Negeri Melaka itu turut dihadiri oleh YB Tn.
Hj. Wahab bin Abd. Latip, Timbalan Pengerusi
MAIM, 3 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri
Melaka, Pegawai Polis Bahagian Jenayah, Pegawai
dari Bahagian Dakwah JAKIM, Pegawai Penguatkuasa
JAIM, Bahagian Penyelidikan JAIM dan Jabatan
Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Majlis tersebut
berjalan dengan lancar dan berjaya memujuk
pengasas ajaran Budi Suci itu untuk mengakui
penyelewengan yang dibawa dan melafazkan taubat
untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Semoga pengikut ajaran ini sedar dan insaf
dengan kesesatan yang berlaku dan segera bertaubat
memohon keampunan Allah Ta’ala serta
kembali ke jalan yang diredhaiNya.
31
Mei - 6 Jun 2007 : BENGKEL AUDIT
DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO
9001:2000
Jabatan ini telah menjalankan audit kualiti
dalaman bagi system pengurusan kualiti MS ISO
9001:2000 sebagai persiapan bagi menghadapi Surveillence
Audit yang akan dijalankan oleh pihak
SIRIM QAS International pada awal Julai 2007
ini bagi memantau persijilan yang diterima.
Bengkel selama 5 hari ini telah dibimbing
oleh pakar perunding dari Intact Achiever Sdn.
Bhd. Pn. Hjh. Zailan bte. Yusof. Melalui bengkel
ini diharap segala kelemahan berhubung system
pengurusan kualiti jabatan dapat diperbaiki
dan dipertingkatkan bagi menjamin kualiti perkhidmatan
kepada pelanggan khususnya bagi skop yang dipersijilkan
iaitu pembangunan fatwa dan proses-proses yang
berkaitan dengannya.