Laman Utama
Arkib Aktiviti 2007
Januari
   
Februari
   
Mac
   
April
   
Mei
   
Jun
   
Julai
   
Ogos
   
September
   
Oktober
   
November
   
Disember
   
 
OGOS 2007

Promosi Kompleks Falak
Menggunakan Papan LED Display MICTH

Melaka, Rabu, 1 Ogos 2007, Pengiklanan menggunakan papan LED Display MICTH di Lebuh Ayer Keroh berhampiran hospital pantai dilaksanakan, tayangan selama 24 jam sehari selama sebulan, Tujuannya adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan Kompleks Falak sebagai destinasi/produk pelancongan yang baru dan menarik lebih ramai lagi mengunjungi Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT

Ayer Pa’abas, Melaka, Jumaat, 3 Ogos  2007 - Program Mufti Bersama Masyarakat Bil 3/07 telah diadakan di Masjid Ayer Pa’abas Alor Gajah  Melaka. Seramai lebih daripada 100 orang jemaah dari pelbagai peringkat usia telah mengikuti program ini yang diadakan bermula dari jam 7.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Pengisian program ini terdiri daripada Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah, Ceramah Agama berkaitan isu semasa oleh Sahibus Samahah Mufti Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Muzakarah dengan ahli Jawatankuasa masjid dan pameran turut diadakan  antara agensi yang turut serta adalah Bahagian Penguatkuasa JAIM dan Pusat Zakat Melaka. Program ini memberi peluang kepada penduduk kariah mengenali dengan lebih dekat peranan Jabatan Mufti Melaka dan dapat beramah mesra serta menyuarakan masalah, aduan atau pandangan yang berkaitan secara terus kepada Mufti Negeri Melaka.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Melaka, Jumaat, 10  Ogos  2007,  Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Sistem kualiti MS ISO 9001:2000 bil 1/2007 telah diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Mufti Melaka. Antara yang dibincangkan adalah mengenai laporan maklumbalas keputusan MKSP bil1/2006, Penerangan mengenai SPK MS ISO 9001:2000 dan pembentangan laporan untuk kajian pengurusan dan perbincangan mengenai isu dan cadangan pencegahan/penambahbaikan serta persediaan untuk audit pemantauan (Surveillence) oleh Sirim Qas.

PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT

Masjid Tanah, Melaka, Jumaat, 10 Ogos  2007 - Program Mufti Bersama Masyarakat Bil 4/07 telah diadakan di Masjid Jamek Putra masjid Tanah Melaka. Seramai lebih daripada 150 orang jemaah dari pelbagai peringkat usia telah mengikuti program ini yang diadakan bermula dari jam 7.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Pengisian program ini terdiri daripada Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah, Ceramah bertajuk Isra’ Dan Mikraj oleh Sahibus Samahah Mufti Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Muzakarah dengan ahli Jawatankuasa masjid dan pameran turut diadakan  antara agensi yang turut serta adalah Rumahku Syurgaku(RKSK) dan Bahagian Penguatkuasa JAIM. Program ini memberi peluang kepada penduduk kariah mengenali dengan lebih dekat peranan Jabatan Mufti Melaka dan dapat beramah mesra serta menyuarakan masalah, aduan atau pandangan yang berkaitan secara terus kepada Mufti Negeri Melaka

Pameran Sempena Muzakarah Pentadbir Masjid Dan Surau Serta Pegawai Syarak peringkat Negeri MelakaTahun 2007

Melaka, Isnin, 13 Ogos  2007, Muzakarah Pentadbir Masjid Dan Surau Serta Pegawai Syarak peringkat Negeri Melaka telah diadakan di auditorium Masjid Al-Azim. Lebih 700 peserta mengikuti muzakarah ini. Objektif Muzakarah ini diadakan adalah untuk mendidik umat Islam membaca, memahami maksud dan pengertian Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. agar dapat dijadikan panduan di dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Bahagian Falak & Sumber Maklumat turut mengadakan pameran sempena Muzakarah ini. Peralatan yang dipamerkan ialah Teleskop dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar  objek-objek langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al- Khawarizmi.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara, Jumaat, 13 Ogos 2007 telah berlansung aktiviti cerapan hilal Sya’aban 1428H. Disertai oleh 7 orang kakitangan Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Melaka. Keadaan cuaca cerah sepanjang aktiviti cerapan.

Kursus Calon Pegawai Syarak

Melaka, Isnin 13 Ogos 2007, Kursus Pegawai Syarak Bil 2/07 telah dilaksanakan pada 13-15 Ogos 2007 Anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka. Kursus telah dijalankan di bilik kuliah Kompleks Al-Azim fasa 2. Seramai 31 orang telah mengikuti kursus pada kali ini. 5 orang terdiri daripada calon Imam, Bilal 10 orang, Noja 9 orang manakala 7 orang lagi daripada calon Bilal Wanita.

Pameran Di Sekolah Menengah Kebangsaan Syarifah Rodhiah

Melaka, Khamis 16 Ogos 2007, Bahagian Falak & Sumber Maklumat telah mengadakan pameran pendidikan falak  di SMK Syarifah Rodhiah Teluk Mas Melaka sempena sambutan Minggu Sains dan Matematik di dewan sekolah tersebut. Pameran ini berkonsepkan pendidikan di mana peralatan yang dipamerkan dan didemonstrasikan kepada pelajar ialah Teleskop, Teodolite dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar  objek-objek langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al- Khawarizmi turut diutarakan dalam pameran ini.

Surveliance Audit Oleh Sirim QAS

Melaka, Khamis 16  Ogos 2007, Surveliance Audit telah diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Mufti Melaka yang berlangsung selama 2 hari, bermula 16-17 Ogos 2007 oleh Encik Mohd Jaafar daripada Sirim QAS International. Sirim QAS International merupakan perunding yang dilantik oleh Sirim.

Pameran Sempena Program Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2007

 Batu Berendam, Melaka,  17 – 19 Ogos 2007 Bahagian Falak & Sumber Maklumat telah mengadakan pameran sempena Program karnival Udara Antarabangsa Melaka 2007 bertempat di tempat letak kereta bangunan CTRM. Peralatan yang dipamerkan ialah Teleskop dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar aktiviti, gambar  objek-objek langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al- Khawarizmi.

Lawatan SS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan

Melaka, Selasa  28  Ogos 2007, Jabatan Mufti Melaka telah menerima kunjungan 11orang kakitangan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, diketuai oleh SS Dato' Hj Wan Zahidi bin Wan Teh Mufti Wilayah Persekutuan Kula Lumpur, bertujuan untuk menjalin hubungan muhibbah dan kerjasama dalam aspek fatwa. lawatan ini juga bertujuan mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Penerangan mengenainya telah dibentangkan sendiri oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Rashid Redza bin Hj Md Salleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Gerhana Bulan Penuh

Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara, Selasa  28  Ogos 2007, telah berlaku Gerhana bulan penuh yang disaksikan oleh segelintir masyarakat di dunia. Fenomena ini berlaku untuk kali keduanya setelah berlaku pada 4 Mac 2007 yang lalu.

Fenomena ini berlaku sekitar 7.20 malam yang mana pada waktu itu bulan berada pada akhir fasa penuh. Data-data fenomena gerhana bulan adalah seperti berikut : Fasa Penumbra : 15:53:39, Fasa Separa : 16:51:16, Fasa Penuh : 17:52:22, Fasa Penuh Berakhir : 19:22:24, Fasa Separa berakhir : 20:23:30, Fasa Penumbra berakhir : 21:21:01.

 
 
© Jabatan Mufti Melaka