Pameran & Cerapan
Langit Malam Sempena Seminar Ilmu Falak Di
INSTUN
Tg Malim, Perak, Khamis, 6 Sept 2007,
Bahagian Falak & Sumber Maklumat Jabatan
Mufti Melaka telah menyertai pameran dan cerapan
langit malam di INSTUN sempena Seminar Ilmu Falak
yang berlangsung pada hari tersebut. Peralatan
yang dipamerkan kepada umum ialah Teleskop, Sfera
Samawi dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi gambar-gambar
aktiviti, gambar objek-objek langit, pamplet
dan brosur-brosur berkaitan Kompleks Falak Al-
Khawarizmi.
Pameran Pra Perkampungan
Hadhari Lubok Redan
Kuala Sg Baru, Melaka, Jumaat, 7 Sept
2007, Bahagian Falak & Sumber
Maklumat Jabatan Mufti Melaka telah menyertai
pameran sempena Pra Perkampungan Hadhari yang
berlangsung selama satu hari di kampong Lubok
Redan, Kuala Sg Baru Masjid Tanah Melaka. Peralatan
yang dipamerkan kepada umum ialah Teleskop,
Sfera Samawi dan Rubu’ Mujayyab. Koleksi
gambar-gambar aktiviti, gambar objek-objek
langit, pamplet dan brosur-brosur berkaitan
Kompleks Falak Al- Khawarizmi.
Cerapan Hilal Rasmi Ramadhan
1428H/2007M
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tg Bidara,
Selasa, 11 Sept 2007 telah berlansung
aktiviti cerapan hilal Rasmi Ramadhan 1428H.
Antara tetamu yang hadir ialah Yang di-Pertua
Negeri, Tun Mohd Khalil bin Yaakob, YAB Datuk
Seri Hj Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua
Menteri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri
Melaka Y.B Datuk Wira Ismail Saleh, Exco-exco
kerajaan Negeri Melaka, Ketua-ketua jabatan,
JUPEM, JAIM, MAIM, Jawatankuasa Rukyah, JKKK/Pengerusi
Masjid, Pejabat Kesihatan Alor Gajah, MPAG,
TNB, Telekom, Pusat Sumber serta kakitangan
Jabatan Mufti Melaka. Pada petang itu Keadaan
ufuk cerah sepanjang aktiviti cerapan dan berdasarkan
hitungan hisab, Ijtimak berlaku pada jam 8.43malam
dan matahari ghurub pada jam 7.12malam manakala
bulan ghurub pada jam 7.06malam. Ini bermakna
Ijtimak berlaku selepas ghurub dan bulan ghurub
lebih dahulu daripada matahari. Maka hilal
belum lahir lagi pada petang itu. Dengan yang
demikian pada petang Selasa 11 September 2007(29
Sya’aban 1428H) bulan tidak memenuhi
apa-apa syarat Imkanur Rukyah. Oleh kerana
syarat Imkanur Rukyah tidak dipenuhi maka bulan
Sya’aban digenapkan menjadi 30 Sya’aban
1428H(Rabu, 12 September 2007) dan Ramadhan
1428H akan jatuh pada hari Khamis 13 September
2007.
Seminar Penghayatan Ramadhan
1428H/2007
Melaka, Rabu, 19 Sept 2007, di
Auditorium Masjid Al-Azim telah berlansungnya Seminar
Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak, lebih 700 peserta
menyertai seminar pada kali ini yang julung kalinya
dibuat dalam bulan Ramadhan. Seminar ini merupakan
program tahunan anjuran Jabatan Mufti Negeri
Melaka. Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan
lagi pengetahuan dan kefahaman para peserta mengenai
falsafah Ramadhan dan hikmah puasa. Seminar ini
membincangkan tentang kepentingan Ramadhan, ibadat
puasa dan amalan-amalan yang berkaitan dengannya
dari perspektif Al-Quran dan Sunnah. Turut di
sentuh ialah kepentingan puasa dari aspek kesihatan,
Pengukuhan institusi keluarga menerusi tarbiah
Ramadhan, sikap fanatik dan taksub penyumbang
kepada penyelewengan akidah serta persoalan lazim
berkaitan ibadah Ramadhan & Syawal.