DATUK
WIRA HJ. RASHID REDZA BIN
HJ. MD. SALEH dilahirkan
pada 22.9.1950 di Kg. Chincin,
Jasin Melaka. Beliau merupakan
anak yang ketiga dari lima
orang adik beradik. Bapanya
bernama Hj. Md. Saleh bin
Hj. Taib berasal dari Kg.
Air Molek, Melaka. Ibunya
pula bernama
Hajjah Fatimah bte Majot
dan berasal dari Kg. Chinchin,
Jasin.
Beliau
mendapat didikan awal di
Sekolah Kebangsaan Terentang,
Jasin sehingga darjah 5,
kemudian meneruskan pelajaran
ke Sekolah Kebangsaan Chinchin
sehingga darjah 6. Pada
tahun 1964 beliau telah
meneruskan persekolah di
Madrasah Al Lughah Arabiah
Tangkak selama 4 tahun sehingga
1967. Beliau telah menyambung
belajar ke Sekolah Menengah
Arab Maahad Johor sehingga
tahun 1971. Selepas itu
beliau meneruskan pengajian
ke Akademik Yayasan Anda
di Kg. Baru, Kuala Lumpur
sehingga tahun 1974.
Berkat
kegigihan serta keazaman
beliau telah melanjutkan
pengajian ke Universiti
Al Azhar Mesir dalam bidang
Perundangan Islam dan berjaya
memperolehi B.A. Hons pada
tahun 1979. Beliau telah
menyambung pengajiannya
setahun lagi di Kuliah Tarbiah
Al Azhar dan berjaya mendapat
Diploma Pendidikan. Setelah
tamat pengajian beliau telah
kembali ke Malaysia dan
pada 16.2.1982 beliau telah
bertugas di Jabatan Agama
Islam Melaka (Bahagian Penerangan
Agama) sehingga tahun 1987.
Kemudian beliau telah dilantik
sebagai Kadi Melaka Tengah
dan bertukar ke Pejabat
Agama Daerah Alor Gajah
pada 1.7.1995. Beliau telah
mendirikan rumahtangga dengan
Datin Wira Zoriyah bte Hj.
Mohd. pada 1984 dan dikurniakan
lima orang cahayamata. Pada
9.7.1990 beliau telah mengikuti
Diploma Lanjutan Undang-Undang
dan Pentadbiran Kehakiman
di UIA selama satu tahun.
Pada
18.5.1993 beliau telah menunaikan
fardhu haji. Datuk Wira
Hj. Rashid Redza menanggung
tugas mufti mulai 1.4.1996
dan seterusnya dilantik
sebagai Mufti pada 6.12.1996.
Beliau telah dikurniakan
Darjah Mulia Seri Melaka
(DMSM) sempena Hari Keputeraan
Tuan Yang Terutama Yang
Di Pertua Negeri Melaka
pada tahun 1997.