BIODATA
MUFTI NEGERI MELAKA YANG PERTAMA
Tempoh perkhidmatan : 1926M- 1960M
 |
ALLAHYARHAM
TUAN HAJI KHALIL BIN HAJI HUSIN
dilahirkan di kampung Hulu (Kampung
Melayu) Bandar Melaka pada tahun
1331 Hijrah bersamaan 1885. Bapanya
bernama Haji Husin bin Haji Wahid,
ibunya bernama Halimah digelar Che
Tom binti Haji Sulaiman. Tahun 1889
Haji Khalil yang berumur empat tahun
pada masa itu telah berangkat ke
Mekah belajar Agama di Masjidil
Haram dengan Syeikh Haji Omar Sembawa
selama 12 tahun.
|
Disamping
itu beliau bekerja mengambil upah mengangkat
air untuk sara hidupnya. Pada tahun 1329
Hijrah bersamaan 1911 beliau balik ke Melaka
dan berkahwin dengan Che Zainab binti Bilal
Jazan dan mendapat beberapa orang anak.
Pada
tahun 19.2.1918 beliau telah dilantik oleh
Gabenor Melaka sebagai Kadi dan meletakkan
jawatan pada 14.11.1919. Pada tahun 1923
pula menjadi Imam Masjid Kampung Hulu.
Tahun 1926 menjadi Mufti Negeri Melaka
kemudian membina Sekolah Agama Masjid Kampung
Hulu yang diberi nama Madrasah Al-Aliya.
Dilantik
Mufti rasmi Negeri Melaka pada April
1960 bagi penubuhan Majlis Agama Islam
Melaka. Dua bulan kemudian pada Jun,
1960 bersamaan 1379 Hijrah Allahyarham
meninggal dunia. Allahyarham menjadi
Mufti selama dua bulan sahaja kerana
sakit tua. Allahyarham seorang yang warak,
luas ilmunya dan tegas mengenai hukum-hukum
agama. Terkenal seluruh Negeri Melaka,
dihormati oleh pemerintah British dan
juga umat Islam Negeri Melaka. |
BIODATA
MUFTI NEGERI MELAKA YANG KEDUA
Tempoh perkhidmatan : 1960M- 1979M
 |
ALLAHYARHAM HAJI HASSAN BIN HAJI ABU
BAKAR dilahirkan pada tahun 1328 Hijrah
bersamaan 1908 Masihi di Kampung Kuala
Sungai Baru, Melaka. Bapanya bernama Haji
Abu Bakar, Imam di Kuala Sungai Baru. Mendapat
didikan awal di Sekolah Melayu. Ianya dikatakan
salah seorang murid yang cerdik. Menyambung
pelajaran selama lima tahun dari tahun
1922-1927 di Kelantan.
|
Pada
masa itu beliau beusia 14 tahun. Kemudian
Allahyarham berangkat ke Mekah pada tahun
1927. Belajar agama di Masjidil Haram.
Guru Allahyarham ialah Tuan Guru Husin
Yamani, Sheikh Mokhtar Al Atar dan Sheikh
Haji Omar Sembawa. Pada tahun 1933 Allahyarham
pulang ke Melaka.
Allahyarham
membuka Madrasah di Kampung Kuala Sungai
Baru diberi nama Madrasah Al-Falah pada
thaun 1933, kemudian ditukar dengan nama
Madrasah Al-Hasaniah bersempena dengan
namanya. Menjadi Imam Kuala Sungai Baru.
Pada tahun 1951 Madrasah Al-Hasaniah
ditutup.
Allahyarham
mengajar agama di masjid-masjid seluruh
Negeri Melaka dan juga memberi ceramah
agama sempena majlis-majlis agama serta
Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain.
Pada 10.6.1960 Allahyarham dilantik
menjadi Mufti Negeri Melaka sehingga
1979. Allahyarham dikurniakan pingat
Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan
Negeri Melaka. Allahyarham kembali
kerahmatullah kerana sakit tua. Allahyarham
seorang yang warak dan luas ilmunya
serta banyak pengetahuan mengenai hukum-hukum
agama dan ramai anak-anak muridnya
seluruh Negeri Melaka. |
BIODATA
MUFTI NEGERI MELAKA YANG KETIGA
Tempoh perkhidmatan : 1979M- 1996M
 |
DATUK SHEIKH HJ. MD. YUNUS BIN HJ.
MOHD. YATIM dilahirkan di Kampung
Kandang, Batu 5 Melaka pada 21.12.1929.
Beliau merupakan anak yang ketujuh dari
dua belas adik beradik. Bapanya bernama
Haji Mohd. Yatim bin Haji Mohamad Zin,
berasal dari Bukit Lintang, Melaka juga
merupakan Imam Masjid Kandang. Ibunya
bernama Hajjah Sikmah binti Saeman berasal
dari Kampung Kandang, Batu 5 Melaka.
|
Datuk
Sheikh Hj. Md. Yunus mendapat pendidikan
awal di Sekolah Melayu Kandang hingga
darjah enam, kemudian menyambung pelajaran
di Sekolah Al-Khairiyah Air Molek selama
satu tahun. Menyambung pelajaran ke Sekolah
Al-Nurian Paya Rumput, Sungai Udang,
Melaka selama dua tahun.
Beliau
meneruskan pelajaran di Sekolah Al-Mashyor
Pulau Pinang selama dua tahun. Kemudian
berangkat ke Mesir memasuki Universiti
Al-Azhar selama enam tahun sehingga memperolehi
Ijazah Al-Aliya (BA) Al-Alalamiah (MA)
Jurusan Syariah dan Kanun. Balik ke Melaka
pada tahun 1959 menjadi Kerani Seranta
dan telah mendirikan rumah tangga dengan
Hajjah Kalsom binti Haji Abdul Wahab
dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata.
Tahun 1968 beliau dilantik menjadi Kadi
Tetap, tahun 1972 memangku Kadi Besar
Melaka dan tahun 1974 menjadi Kadi Besar
Wilayah Persekutuan selama enam tahun.
Pada 16.8.1979 dilantik menjadi Mufti
Negeri Melaka.
Pada
tahun 1984 beliau bersara dan menyambung
jawatan Mufti secara kontrak dari satu
tahun ke satu tahun hingga 28.2.1996.
Beliau dikurniakan Darjah Kebesaran
oleh Kerajaan Persekutuan (KMN) dan
(JSM). Kerajaan Negeri Melaka pula
telah mengurniakan Darjah Kebesaran
(DMSM). Beliau mengajar di Masjid-Masjid
Negeri Melaka dan juga memberi ceramah
agama di merata tempat selain dari
Negeri Johor, Wilayah Persekutuan dan
lain-lain tempat. Banyak menulis rencana
dan risalah-risalah agama. |
|