Laman Utama
Maklumat Organisasi
Visi, Misi dan Motto
   
Objektif
   
Fungsi
   
Sejarah
   
Kod Etika
   
Piagam Pelanggan
   
Carta Organisasi
   
MS ISO 9001:2008
 
 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Dengan izin Allah, Jabatan Mufti Melaka berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan seperti berikut ;

a)
Setiap pertanyaan bertulis mengenai fatwa dan pandangan hukum syara’ akan diteliti dan diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaannya.
b)
Setiap aduan bertulis yang berasas daripada orang ramai akan diselesaikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan.
c)
Sijil Tauliah Mengajar Agama dan Tauliah Mengajar Al-Quran akan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 1 bulan selepas keputusan pemantauan oleh pihak MAIM diperolehi.
d) Temuduga calon pegawai syarak akan dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas
Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Syarak dijalankan.
e)
Surat jawapan kepada pelanggan mengenai permohonan lawatan rasmi ke Pusat Falak Al-Khawarizmi akan disampaikan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
f)
Data-data hisab mengenai penetapan awal bulan-bulan Islam, Takwim dan Jadual Waktu Solat, Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak akan disahkan pada masa yang ditetapkan.
g)
Permohonan penentuan atau penyemakan arah kiblat akan dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
h)
Tayangan planetarium akan ditayangkan tepat pada masanya seperti di dalam jadual tayangan yang telah disahkan.
i) Permohonan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal Jabatan dan Pusat Falak Al-Khawarizmi akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terimaan.
j) Aduan mengenai perkhidmatan ICT yang dikendalikan oleh pihak jabatan akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
k) Permohonan mendapatkan perkhidmatan pembaca doa bagi majlis-majlis rasmi Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta akan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
l) Semua baucer bayaran akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan.
m) Surat Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dan Pesanan Perkhidmatan (Service Order) akan diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pembelian yang lengkap.
 
 
 
© Jabatan Mufti Melaka