1. Masuk
waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua
azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula
waktunya selepas berlalu separuh malam.
2. Hendaklah
dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri
dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan
bahasa tersebut.
3. Azan
dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah
seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.
4. Tertib
dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan
mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
6. Orang
yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
1. Mu’azzin
hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.
2. Menghadap
ke arah qiblat.
3. Dilakukan
oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.
4. Dilaungkan
di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.
5. Dilakukan
secara berdiri kecuali uzur.
6. Memalingkan
muka ke sebelah kanan semasa menyebut
dan ke sebelah kiri semasa menyebut
dengan keadaan dada yang tetap.
7. Melakukan
tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap
sebelum dinyaringkan.
8. Melakukan
tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah
sebanyak dua kali selepas laungan
.
9. Meletakkan
jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan
untuk meninggikan suara.
10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi
apa yang disebut oleh mu’azzin kecuali ketika mu’azzin
menyebut kalimah
dan
,
maka hendaklah dijawab dengan kalimah
.
Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan lafaz
.
11. Berdoa
dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam
selepas azan seperti berikut: