1.
Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja
yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan
( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan
hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2.
Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah
Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap
teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan
memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
3.
Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada
sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.
4.
Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari
sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ ,
ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.
5.
Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk
taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.
( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman
bin Hj. Yasin )