Tasawwuf
> Bab 7 : Sabar
- Iaitu
menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
- Sifat
sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara
berikut:
1.
Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu
kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika
berlaku sesuatu bala atau bencana.
2.
Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
3.
Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
- Sifat
sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat
sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan
menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.
- Orang
yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang
berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat
dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa
susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan
laranganNya.