1.
Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa
syarat yang tertentu.
2.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
”
Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 )
3.
Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :
- Meninggalkan
maksiat atau perkara dosa tersebut.
-
Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
-
Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
-
Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
-
Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
4.
Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah
dan terlupa, melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara
daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.
5.
Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada
dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan
perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
6.
Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
- Menghidupkan
jiwa yang resah kerana dosa.
-
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
-
Meningkatkan ketaqwaan diri.
-
Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat.
-
Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup
di dunia
dan akhirat.
( Dipetik daripada - Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail
bin Hj. Kamus
M / S 269 - 273 )