| |
Tasawwuf
> Bab 9 : Tawakkal
- Iaitu
menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara
yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu
wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.
- Berserah
kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan
ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya,
seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana
rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.
|